Pembelajaran Secara Bersemuka

Selamat Sejahtera.
Untuk makluman semua, pembelajaran secara bersemuka (hadir ke kolej) akan bermula pada 4 hb Oktober 2021(Isnin). Pelajar yang perlu hadir ke kolej hanya pelajar Tingkatan 6 Atas/Semester 2 sahaja.

Pelajar 6 Bawah /Semester 1 masih perlu menjalani pembelajaran secara dalam talian sehingga kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pelajar 6 Atas hendaklah hadir ke kolej selewat-lewatnya sebelum 7.50 pagi pada setiap hari

PdPC akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Pelajar perlu mematuhi etika berpakaian Tingkatan 6 (Smart Casual).

Isnin – baju putih dan kain/ seluar hitam serta kasut hitam
Bertali leher merah( pelajar lelaki)

Khamis – baju T DM berwarna merah,
seluar sukan,
dan kasut sukan.

Selasa, Rabu dan Jumaat- smart casual

Sekiranya pelajar tidak mempunyai pakaian spt yg tertera utk Isnin dan Khamis, maka pelajar boleh berpakaian smart casual. Namun begitu, besarlah harapan kami agar pelajar mematuhi etika berpakaian pelajar tingkatan enam.

Pelajar perlu memakai kad pelajar sepanjang masa ketika berada di kolej.

Jadual waktu pembelajaran secara bersemuka pelajar 6 Atas sama dengan jadual waktu PdPR.

Semua pelajar 6 Atas dibenarkan parkir kenderaan anda di dalam kolej.

Pelajar sila rujuk panduan SOP yang disediakan oleh pihak kolej dengan menonton 2 video berikut :

  1. SOP Pelajar Hadir ke KTEDM
  2. Taklimat Pergerakan Pelajar waktu datang dan waktu pulang.

Selamat kembali ke kolej.

https://youtu.be/3kZvd_2Bc6chttps://youtu.be/3kZvd_2Bc6c

Link youtube video taklimat pergerakan pelajar mulai 4 Okt 2021

Pelajar Semester 1 STPM 2022

Salam sejahtera. Kpd pelajar 6 bawah( anda dikenali sbg Pelajar T6 Semester 1 STPM 2022), selepas menerima tawaran utk belajar di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, anda TIDAK PERLU MENGHUBUNGI KOLEJ. Sebaliknya anda perlu

  1. Sertai group telegram pelajar utk dptkan info terkini.
  2. Tunggu hingga 21hb Julai, iaitu orientasi 6 bawah akan diadakan dlm talian.
    Orientasi 21hb – 23 Julai 2021.
  3. Kolej ini ialah sebuah kolej kerajaan. Anda TIDAK PERLU BAYAR YURAN, kecuali bayaran tambahan PIBG yg akan dimaklumkan kemudian.
  4. PdPR akan bermula pada 26 Julai 2021.
  5. Pelajar yg ingin bertukar keluar dr KTEDM atau ingin bertukar msk ke KTEDM perlu menyertai orientasi yg dianjurkan oleh KTE/PTE spt dlm surat tawaran anda. Anda boleh memohon pertukaran pd 26 Julai 2021. Borang pertukaran diperoleh drpd KTE/ PTE spt dlm surat tawaran anda.

KTE= Kolej Tingkatan Enam
PTE = Pusat Tingkatan Enam

6.Sertai telegram pelajar KTEDM utk memperoleh info terkini.

https://t.me/joinchat/tE0-B_HlmvMwZjll

FAQ Pelajar Tingkatan 6 Semester 1 STPM 2021

Adakah pihak KTEDM menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar?

  • Tidak, KTEDM tidak mempunyai kemudahan asrama.

 

Bilakah saya perlu melapor diri untuk pendaftaran ke KTEDM?

  • Pada 15 Julai 2020, Rabu (9:00 pagi)

 

Apakah dokumen yang perlu saya bawa ke KTEDM pada hari pendaftaran?

a) Surat tawaran ke Tingkatan 6 2020
b) Slip keputusan SPM 2019
c) Kad pengenalan
d) Sijil kelahiran
e) Sijil berhenti sekolah

Dokuman asal perlu dibawa bersama 1 salinan dokumen yang telah disahkan.

 

Apakah etika berpakaian semasa saya datang untuk melapor diri?

  • Anda perlu berpakaian formal, kemas dan sopan.

 

Bolehkah ibu bapa saya mengikut saya untuk mendaftar?

  • Memandangkan kita masih lagi berada dalam tempoh PKPP, ibubapa tidak digalakkan untuk masuk ke kawasan kolej semasa sesi pendaftaran untuk mengelakkan kesesakan. Pelajar-pelajar juga akan terus ke kelas untuk sesi taklimat secara atas talian.

 

Sekiranya saya tidak ditawarkan Tingkatan 6, bagaimanakah saya membuat rayuan?

  • Untuk urusan rayuan, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) – https://jpwpkl.moe.gov.my/ 

 

Jika saya telah ditawarkan tempat di sekolah yang lain, bagaimana saya hendak memohon untuk masuk ke KTEDM?

  • Jika anda ditawarkan di KTE/PTE di Kuala Lumpur, sila melapor diri di KTE/PTE yang ditawarkan dan pertukaran diuruskan di KTE/PTE tersebut.
  • Jika anda ditawarkan di KTE/PTE di negeri Selangor, anda perlu ke JPWPKL Jalan Duta selepas 29 Julai 2020. *** Pertukaran antara negeri Selangor ke Kuala Lumpur dibekukan sehingga 29.7.2020 ***
  • Jika anda mendapat tawaran di negeri-negeri lain dan telah berpindah ke Kuala Lumpur, sila ke JPWPKL untuk urusan penempatan baharu.

 

Sekiranya saya ingin menukar bidang yang ditawarkan, bagaimanakah cara untuk melakukannya?

  • Anda perlu mendaftar di KTEDM terlebih dahulu.
  • Anda perlu menjalani ujian psikometrik yang akan dijalankan oleh Kaunselor kolej.
  • Permohonan pertukaran jurusan akan dibuka pada 23 Julai 2020 – 24 Julai 2020.

 

Jika saya memandu ke KTEDM, bolehkah saya parkir di dalam kawasan kolej?

  • Parkir adalah terhad.
  • Para pelajar yang datang untuk mendaftar tidak dibenarkan untuk parkir di dalam kawasan kolej. Anda digalakkan untuk berkongsi kenderaan (carpool), menggunakan perkhidmatan grab atau parkir berbayar di Hospital Sime Darby.

 

Apakah waktu persekolahan sepanjang minggu orientasi Tingkatan 6 Semester 1?

  • Sepanjang minggu orientasi, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 perlu berada di kolej dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang.

 

Di manakah saya boleh membeli makanan di KTEDM?

  • Untuk makluman, kantin kolej akan beroperasi dan menjalankan urusniaga seperti biasa. Untuk hari pertama pendaftaran, pelajar boleh membeli di kantin dengan menjaga penjarakan sosial yang ditetapkan. Pada hari berikutnya, tempahan belian akan dijalankan mengikut kelas yang akan ditetapkan kelak.